Pati minyak zaitun keluaran syarikat Olive House sangat bagus untuk kesihatan
dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan I-Deal Halal mart Dungun...
alhamdulillah sama2 kita mendapat manfaat daripada sumber alam ini
ini coretan doktor Hafizah Amanulla tentang minyak zaitun ini
MINYAK ZAITUN & BATU HEMPEDU
Masalah batu dalam hempedu adalah berpunca dari berubahnya konsistensi cecair hempedu dan juga masalah rembesan cecair hempedu yang tidak cekap. Ini menyebabkan kandungan cecair hempedu berubah kepada bentuk pepejal.
Batu-batu hempedu yang terletak dalam pundi hempedu biasanya memberi gejala kembung perut dan pedih ulu hati , namun sekiranya batu tersebut jatuh ke bawah, memasuki saluran hempedu, ianya akan mencetuskan rasa sakit yang sangat kuat sehingga pesakit akan berguling kesakitan.
Minyak zaitun adalah bahan yang cukup bagus untuk merangsang rembesan cecair hempedu dari pundi hempedu disebabkan sifatnya yang sedikit berasid.
Bagi sesiapa yang masih belum mendapat penyakit ini, eloklah diamalkan minyak zaitun sebagai langkah pencegahan. Bagi yang mengalami pembentukan batu hempedu ini, minyak zaitun boleh dicampurkan dengan jus lemon atau limau nipis dan diminum.
Selain itu, minyak zaitun juga boleh dicampur dengan cuka teen atau cuka buah yang lain dan diminum. Insya Allah, sakit boleh lega.
Namun eloklah ke hospital bagi mengetahui masalah sebenar yang dihadapi kerana banyak penyakit lain yang memberikan gejala yang sama dan rawatan yang tepat haruslah diberikan.
Nukilan : Dr. Hafizah Amanulla
boleh dapatkan di premis kami I-Deal Halal Mart Dungun 012-9575 575
facebook kami I-Deal Halal Mart
atau boleh juga kami poskan
wassap kami 013 969 4774
No comments:
Post a Comment