Tuesday, 10 February 2015

TIPS HIDUP SIHAT DAN CERDAS MENGIKUT AMALAN SUNNAH

TIPS HIDUP SIHAT DAN CERDAS MENGIKUT AMALAN SUNNAH
Petkan dari video Ustazah Noor Hafizah Musa

Ustazah Noor Hafizah Musa secara terperinci menyebutkan tips2 sihat dan cerdas dengan pemakanan
sunnah dan amalan yang betul. Mari kita sama-sama hayati dan amalkan.

1. Minum air suam sejurus bangun tidur
sebaik sahaja bangun dari tidur, kita mulakan dengan minum air suam. Ketika minum air kita
amalkan membaca doa minum air zam-zam. moga-moga keberkatan air yang kita minum akan 
menyamai khasiat air zam-zam
campurkan air suam tadi dengan 1 sudu minyak zaitun, 2 sudu pati delima, madu, habbatussauda,
minyak kelapa dara dan zaffaran
selepas itu rehatkan perut selama 2jam..baru lah kita makan atau minum

2. selepas makan, minum cuka kurma ( khal)
khal ini sangat baik untuk penghadaman dan menstabilkan paras kolestrol dalam badan kita 

doa ketika minum air zam-zam

Saturday, 7 February 2015

MINYAK ZAITUN DAN TUMOR

Soalan dari pengguna:
Assalam. Ada seorang customer ni ada mslh tumor dlm kepala. Baru cuba mz habis sebotol. Kelmarin tak sedarkan diri bila check-up tumor dah makin besar. Usia agak tua, anak2 mcm tak nak bg operate. Anaknya tanya kalau nak ambil mz olivie 30+ mcm mana, ok tak? Mohon yg pakar respon. Anaknya kalau boleh nak hari ini jg olivie tu, nak bg maknya makan olivie tu.
MINYAK ZAITUN DAN TUBUH KITA

Jawapan Dr. Hafizah:
Wassalam. Tumour dalam kepala:
Tumour dalam kepala ada pelbagai jenis namun secara umumnya ia adalah ketumbuhan yang tidak normal dan bila sesuatu bertumbuh dalam otak yang ditutup oleh tulang tengkorak, ini akan meningkatkan tekanan dalaman otak (intracranial pressure). Pembedahan bukan sahaja mempunyai peluang tipis untuk memulihkan, malah dikhuatiri membaca risiko yang lebih besar. Olivie 30+ sesuai diminum tetapi mz turki harus diteruskan juga. Untuk memastikan tumour berhenti membesar, hendaklah pesakit dijauhkan dengan sebarang bahan kimia sintetik terutamanya yang terdapat dalam syampoo, sabun, minyak rambut, deodorant, sabun basuh, pencuci lantai, dan juga dalam makanan seharian seperti gula, gandum, sos, kicap, minyak masak yang ditapis.
Juga harus amalkan herba2 yang bersesuaian mengikut kepakaran herbalist. Banyakkan bersedekah, solat awal waktu, puasa sunat, tahajjud. Memang susah nak dilaksanakan dalam keadaan sakit namun jika kita percaya hanya Allah yang boleh sembuhkan kita, maka pada Dialah kita harus rayu dan tunjukkan pengharapan. Perjuangan melawan tumour adalah sengit. Tidak ada suatu pil magik yang dapat menyembuhkannya kerana ianya melibatkan semua aspek kehidupan.
Sumber: Olive House Medic & Business.
boleh dapatkan di premis kami I-Deal Halal Mart Dungun 012-9575 575
facebook kami I-Deal Halal Mart 
atau boleh juga kami poskan 
wassap kami 013 969 4774

MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP CUKA.


Hasil Nukilan: Dr Hafizah Amanulla MD (UKM)
Berabad lamanya manusia menggunakan cuka sebagai satu bahan yang mesti ada dalam setiap rumah. Cuka bukan sahaja di gunakan dalam masakan, malah cuka juga di gunakan sebagai bahan pembersihan diri, bahan cucian pakaian dan tempat kediaman, bahan untuk kecantikan dan juga sebagai perubatan dan pembuangan bisa gigitan serangga merbahaya.
Namun sayangnya dalam 100 tahun ini, penggunaannya sudah semakin tidak popular , malah sering di kaitkan dengan implikasi negatif kepada kesihatan terutamanya pada penghidap penyakit ‘gastritis’ atau radang pada mukosa perut. Sedarkah kita bahawa manusia pada abad terdahulu menggunakan cuka semulajadi hasil buah-buahan atau bahan berkanji yang di peram tanpa menggunakan bahan kimia .
minyak zaitun dan cuka teen keluaran Olive House

Amat menyedihkan apabila cuka yang di gantikan kepada manusia zaman moden ini adalah cuka buatan iaitu cuka yang di hasilkan secara kimia di mana methanol (kebanyakan berasal dari petroleum) di tindakbalas dengan gas karbon monoksida. Asid asetik ataupun cuka buatan yang terhasil ini di cairkan pada tahap tertentu untuk di jadikan cuka makanan. Namun sifat bahaya yang terdapat dalam cuka buatan ini iaitu sifat menghakis dan melukakan mukosa tubuh tetap berlaku pada tahap yang sedikit . Sekiranya penggunaannya berterusan, maka pastilah ulser akan terbentuk pada usus manusia.
Atas kekeliruan inilah manusia pada abad ke 21 ini amat janggal menggunakan cuka sebagai minuman atau makanan harian. Amatlah rugi manusia hari ini. Buah-buahan yang di peram selama berbulan-bulan menjadi cuka adalah merupakan suatu sumber mineral dan elektrolit penting kepada tubuh. Mengambil cuka buah-buahan sebagai minuman harian adalah umpama membekalkan setiap sel kita dengan mineral yang sangat di perlukan mereka.

Apatah lagi sekiranya cuka tersebut di hasilkan dari buah yang di sebut di dalam Al-Quran? Atas sebab inilah Olive House Resources mengambil inisiatif mengeluarkan produk cuka teen yang mana ianya adalah cuka asli yang di hasilkan dari peraman semulajadi buah teen organik di dalam tong kayu tanpa menggunakan bahan pemangkin yang akan mempercepatkan proses penapaian tersebut.
Buah teen adalah buah yang mempunyai kandungan mineral dan vitamin yang sangat banyak dan lengkap komposisinya menurut adunan Allah yang maha Esa. Mineral dan vitamin ini di sampaikan kepada tubuh dalam cecair asid asetik semulajadi yang mana tubuh kita sangat memerlukan ia bagi penghasilan neurotransmitter contohnya asetilkolin.

Asetilkolin ini adalah neurotransmitter yang sangat penting bagi meningkatkan daya tumpuan, keupayaan berfikir dan juga keupayaan bersabar. Bagi atlet-atlet dan juga mereka yang gemar bersukan , eloklah andainya cuka teen ini dibawa bersama dan di minum sebelum dan selepas melakukan aktiviti senaman bagi menggantikan elektrolit-elektrolit yang hilang dalam tubuh. Minuman elektrolit yang ada di pasaran hari ini rata-rata mempunyai kandungan gula yang terlampau tinggi dan membawa kepada kemudaratan lain.
Pencemaran air minuman kita hari ini menyebabkan ramai terpaksa membeli mesin penapis yang kebanyakannya menggunakan teknologi ‘reverse osmosis’ (RO). Hanya RO sahaja yang boleh menapis sisa logam berat dan mineral sintetik merbahaya dalam air. Air RO adalah air yang kosong yang tidak ada mempunyai sebarang unsur mineral di dalamnya. Maka eloklah sekiranya air RO ini di campurkan dengan cuka teen bagi minuman seharian agar air dapat di sampaikan kepada sel dengan lebih efisyien.
Meminum air RO semata adalah umpama mencurahkan air ke daun keladi di mana sel kita mempunyai masalah untuk menyerap molekul air yang tidak sempurna itu. Badan kita sebenarnya di ciptakan untuk meminum air tulen atau air yang mempunyai mineral semulajadi di dalamnya.
Pasti menghairankan ramai antara pengguna kami yang menghidap ‘gastritis’ menjadi sembuh dengan pengambilan cuka teen ini. Subhanallah , sains itu memang hebat. Sains selalu menghasilkan hasil yang tidak selari dengan pemikiran logik akal manusia. Walaupun cuka teen bersifat asid, namun ianya adalah bahan yang menolong mengalkalikan darah manusia.
Ini adalah kerana badan manusia bukanlah umpama tong kosong yang tidak mengandungi apa-apa. Tubuh manusia, daripada lidah sampai ke usus,mengandungi pelbagai enzim penghadaman yang menukarkan secara kimia pelbagai bahan makanan kepada bentuk yang sukar kita jangkakan. Setiap saat berjuta proses kimia yang berlaku dalam setiap inci tubuh manusia. Hebatnya tubuh badan ciptaan Allah.
Dengan itu marilah kita sama-sama menjadikan cuka asli sebagai bahan yang wajib ada dalam rumah kita terutamanya cuka buah-buahan sunnah yang tentunya mempunyai khasiat yang sangat superior berbanding buah-buahan lain yang tidak termaktub dalam Al-Quran. Wallahu 'Alam.
SUBHANALLAH !!!
HEBATNYA !!
Buah yang disebut di dalam Al-Quran !!
JOM KITA BERAMAL DENGAN ' Quranic Food '

boleh dapatkan di premis kami I-Deal Halal Mart Dungun 012-9575 575
facebook kami I-Deal Halal Mart 
atau boleh juga kami poskan 
wassap kami 013 969 4774

MINYAK ZAITUN & BATU HEMPEDU


Pati minyak zaitun keluaran syarikat Olive House sangat bagus untuk kesihatan
dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan I-Deal Halal mart Dungun...

alhamdulillah sama2 kita mendapat manfaat daripada sumber alam ini

ini coretan doktor  Hafizah Amanulla tentang minyak zaitun ini

MINYAK ZAITUN & BATU HEMPEDU
Masalah batu dalam hempedu adalah berpunca dari berubahnya konsistensi cecair hempedu dan juga masalah rembesan cecair hempedu yang tidak cekap. Ini menyebabkan kandungan cecair hempedu berubah kepada bentuk pepejal.
Batu-batu hempedu yang terletak dalam pundi hempedu biasanya memberi gejala kembung perut dan pedih ulu hati , namun sekiranya batu tersebut jatuh ke bawah, memasuki saluran hempedu, ianya akan mencetuskan rasa sakit yang sangat kuat sehingga pesakit akan berguling kesakitan.
Minyak zaitun adalah bahan yang cukup bagus untuk merangsang rembesan cecair hempedu dari pundi hempedu disebabkan sifatnya yang sedikit berasid.
Bagi sesiapa yang masih belum mendapat penyakit ini, eloklah diamalkan minyak zaitun sebagai langkah pencegahan. Bagi yang mengalami pembentukan batu hempedu ini, minyak zaitun boleh dicampurkan dengan jus lemon atau limau nipis dan diminum.
Selain itu, minyak zaitun juga boleh dicampur dengan cuka teen atau cuka buah yang lain dan diminum. Insya Allah, sakit boleh lega.
Namun eloklah ke hospital bagi mengetahui masalah sebenar yang dihadapi kerana banyak penyakit lain yang memberikan gejala yang sama dan rawatan yang tepat haruslah diberikan.
Nukilan : Dr. Hafizah Amanulla

boleh dapatkan di premis kami I-Deal Halal Mart Dungun 012-9575 575
facebook kami I-Deal Halal Mart 
atau boleh juga kami poskan 
wassap kami 013 969 4774