Saturday 29 March 2014

minyak zaitun

aneka minyak zaitun

minyak zaitun pelbagai guna

Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

 Pelbagai keistimewaan Minyak Zaitun untuk kegunaan luaran :
  1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
  2. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
  3. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
  4. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.  
  5. Sebagai kegunaan masaj terapi.
RAMBUT LEBIH SIHAT

Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, minyak zaitun mampu memberi kelembapan ekstra pada helai rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.


PAYUDARA LEBIH ANJAL
Khasiat antikedut minyak zaitun juga dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaannya disertai dengan urutan payudara yang khusus. Tidak hanya kulit, bentuk payudara anda juga akan kelihatan lebih menarik dan seksi. Caranya mudah sahaja, oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit. Kemudian, tutup payudara dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit. Untuk rawatan intensif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.


KULIT TUBUH LEBIH ANJAL
Sekiranya minyak zaitun dicampurkan ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan terlihat lebih berseri-seri. ‘Polyphenols’ yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan air panas/suam dipercayai dapat membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.
Campuran minyak zaitun dengan minyak ‘essential’ yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit. Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan terlihat lebih remaja, sihat dan bercahaya.


MELEMBUTKAN KULIT KAKI DAN TANGAN
Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah, minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah ini. Untuk masalah kulit dan kaki yang kering, minyak zaitun berkhasiat untuk melembapkan kulit. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaannya harus disertai dengan pemakaian ‘loofah’ atau berus kaki agar menyingkiran sel kulit mati lebih berkesan.


MENCEGAH KEDUTAN WAJAH
‘Polyphenols’ dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan ‘polyphenols’ ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.
Tidak perlu menunggu sehingga umur menginjak ke 30 tahun untuk mencegah kedutan wajah. Kandungan semulajadi minyak zaitun boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak mengira umur dan masalah kulit yang dihadapinya. Selain mencegah proses penuaan, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.
Minyak zaitun membuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunakan solekan yang tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap.

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai samada untuk kesihatan dan kecantikan dalaman atau luaran.

No comments:

Post a Comment