Tuesday, 11 November 2014

EKSTRAK KACIP FATIMAH KELUARAN UTM

ini produk2 keluaran UTM


Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) juga Ekstrak Tongkat Ali (ETA) keluaran Universiti Teknologi Malaysia...
produk research bernilai 2juta..
diyakini dan in sha Allah dos yang selamat...
juga selamat dari sebarang serbuk kerana ini adalah ekstrak...

Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah :
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang sudah rosak
maklumat ini diambil dari khasiat herba.com 
untuk belian online, boleh terus whatsapp kami 012 9575 575
atau belian terus di I-Deal halal Mart Dungun



NASI ARAB ALBAYT

NASI ARAB AL BAYT

citarasa arab asli 
ada 4 perasa
siap beserta resepi
lengkap beras dan rempah ratusnya...
hanya beli dan sediakan bahan2 basah sahaja..
mudah di masak dan senang dihidang..

hanya rm15 sekotak
boleh dihidang untuk 5- 6 orang makan in sha Allah

nasi mandy ayam saudi
set nasi mandy ayam ini set terlaris

nasi maqlubah ayam

nasi mandy kambing yaman

set lengkap nasi arab albayt

nasi kabsah ayam

setiap set nasi dilengkapi resepi leengkap untuk memasak..

memang mudah..memang senang...
orang yang xbiasa buat pun, boleh masak dengan senang nasi arab ni...

untuk yang nak beli secara online,boleh whatssap kami 012 9575 575
boleh COD di I-deal Halal Mart, dungun...                        

Saturday, 25 October 2014

PROMOSI PRODUK - PRAN

Alhamdulillah hari ini pihak PRAN bersetuju hadir untuk buat promosi jualan produk2 beliau
jus buah2an asli..
halal dan berkat
enak serta lazat

berbaloi membeli
promosi sehingga hari ini sahaja sampai jam 6.00 petang ini

jus mangga 1 liter rm4.50 sebotol promosi 3 botol rm10 sahaja

jus mangga dan jus delima 260ml rm1.50 sebotol promosi rm10 untuk 15 botol

promosi sedang berjalan di depan perkarangan I-Deal Halal Mart dungun

Friday, 24 October 2014

FLAYERS PRODUK UTM

KHASIAT TONGKAT ALI DAN KACIP FATIMAH

EKSTRAK KACIP FATIMAH


EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM adalah suplemen yang menggalakkan keseimbangan hormone.
EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM adalah bersih, terjamin dan halal kerana UTM mempunyai makmal sendiri di mana kajian saintifik telah dilakukan oleh penyelidik UTM dan dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM. Ia adalah ekstrak (pati) 100%, bukan seperti kebanyakan keluaran lain yang menggunakan serbuk batang kayu.
Kebaikan Ekstrak Kacip Fatimah:
>>>> mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang sudah lama tidak datang haid atau masalah kitaran haid yang tidak teratur.
>>>> mengurangkan keputihan atau lendiran yang melampau
>>>>merawat kecederaan dan mengecutkan rahem selepas bersalin atau keguguran
>>>>Menambah tenaga selepas bersalin
>>>>Menambah tenaga dan syahwat semasa hubungan intim bersama suami
>>>> melancarkan proses kelahiran bayi ( diambil pada minggu kehamilan ke-38)
>>>> melansingkan badan dan menegangkan otot-otot
>>>> melancarkan perjalanan darah haid sekaligus mengurangkan sakit senggugut
>>>> mengatasi masalah kemurungan ( meroyan) selepas bersalin
>>>> mengurangkan risiko 'turun rahim' atau uterine prolapse
>>>> mengurangkan masalah menopause seperti rasa panas, kekeringan dan kegelisahan
>>>> Melancarkan darah haid sekaligus mengurangkan sakit senggugut.


PM kami atau wassap ke 013 607 5518 tuk sebarang pertanyaan atau konsultan masalah berkaitan
kami merupakan agen sah produk2 keluaran UTM

boleh beli terus di I-Deal Halal mart dungun, Terengganu

Saturday, 10 May 2014

BAWANG GORENG MUSLIM-RUNCIT DAN BORONG


Bawang merah (Allium cepa L. Kelompok Aggregatum) Merupakan Tanaman yang digunakan sebagai penyedap pada makanan ini memiliki manfaat besar bagi kita misal nya ,di buat bawang goreng, membuat sambal,membuat sayur,pelengkap rasa,dan masih banyak lagi .
Tidak cuma itu Bawang Merah juga bermanfaat Bagi tubuh kita dan bisa mengobati penyakit, Di antara nya :

  1. Mengobati Batuk
  2. Menyembuhkan sakit kepala
  3. Melancarkan buang air Besar
  4. Rambut rontok
  5. Haid tidak teratur
  6. Demam Pada anak 
  7. Perut kembung pada anak
  8. Menyembuhkan penderita asma
  9. Menurunkan tekanan Darah dan kadar lemak
  10. Mengobati cacing Dan Wasir

bawang goreng ini buatan 100% muslim dan dibuka jualan borong dan runcit

dapatkan di ideal halal mart 012-975 5575 atau lawati kami

Saturday, 29 March 2014

minyak zaitun

aneka minyak zaitun

minyak zaitun pelbagai guna

Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

 Pelbagai keistimewaan Minyak Zaitun untuk kegunaan luaran :
  1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
  2. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
  3. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
  4. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.  
  5. Sebagai kegunaan masaj terapi.
RAMBUT LEBIH SIHAT

Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, minyak zaitun mampu memberi kelembapan ekstra pada helai rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.


PAYUDARA LEBIH ANJAL
Khasiat antikedut minyak zaitun juga dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaannya disertai dengan urutan payudara yang khusus. Tidak hanya kulit, bentuk payudara anda juga akan kelihatan lebih menarik dan seksi. Caranya mudah sahaja, oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit. Kemudian, tutup payudara dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit. Untuk rawatan intensif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.


KULIT TUBUH LEBIH ANJAL
Sekiranya minyak zaitun dicampurkan ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan terlihat lebih berseri-seri. ‘Polyphenols’ yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan air panas/suam dipercayai dapat membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.
Campuran minyak zaitun dengan minyak ‘essential’ yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit. Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan terlihat lebih remaja, sihat dan bercahaya.


MELEMBUTKAN KULIT KAKI DAN TANGAN
Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah, minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah ini. Untuk masalah kulit dan kaki yang kering, minyak zaitun berkhasiat untuk melembapkan kulit. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaannya harus disertai dengan pemakaian ‘loofah’ atau berus kaki agar menyingkiran sel kulit mati lebih berkesan.


MENCEGAH KEDUTAN WAJAH
‘Polyphenols’ dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan ‘polyphenols’ ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.
Tidak perlu menunggu sehingga umur menginjak ke 30 tahun untuk mencegah kedutan wajah. Kandungan semulajadi minyak zaitun boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak mengira umur dan masalah kulit yang dihadapinya. Selain mencegah proses penuaan, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.
Minyak zaitun membuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunakan solekan yang tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap.

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai samada untuk kesihatan dan kecantikan dalaman atau luaran.

Friday, 28 March 2014

MINUMAN BIJIRIN OAT

MINUMAN BIJIRIN OAT BUATAN MUSLIM

DALAM SATU SACHET SAHAJA

Produk ‘Master Chef’ dikilangkan oleh pengilang muslim di kilang yang berstatus GMP dan mempunyai sijil halal daripada pihak Jakim Malaysia.
Kandungan


1. Produk oat cereal drink master chef ini menggunakan oat kualiti premium 
2. Menggunakan garam bukit
3. Kandungan gula dikurangkan ke 6 gram berbanding sebelum ini 7-8 gram.
4. Menggunakan krimer bukan tenusu di dalam kandungan oat ini.

Manfaat Kesihatan

1. Dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.
2. Baik untuk kesihatan jantung.
3. Dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah.
4. Mengurangkan risiko untuk mendapatkan kanser.
5. Dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
6. Oat ini mengandungi serat yang tinggi yang dapat melancarkan penghadaman.
7. Dapat mengawal berat badan.

Kelebihan Lain

1. Minuman sampingan yang mengenyangkan.
2. Makanan sampingan yang boleh diminum menjelang ramadhan untuk bersahur.
3. Minuman segera yang boleh diminum bila-bila masa.
4. Senang untuk dibancuh hanya menggunakan air panas.
5. Cepat dan mudah (All in One)
6. Sedap diminum dan sesuai untuk saisi keluarga.
7. Produk yg. "established" kerana sudah 10 tahaun export ke Timur tengah
    (Arab saudi, Qatar, Dubai,etc)


Sunday, 9 February 2014

SERBUK KULIT KAYU MANIS

INI SERBUK KULIT KAYU MANIS

Ada ramai pelanggan bertanya..akhirnya kami selidiki apakah khasiat2 serbuk kulit kayu manis yang dicari2 peminat ini...



kayu manis ni mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.



2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.

Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.



3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.



4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.

Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.



5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.

Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.
6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.



7. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.

Caranya;

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.


8. Kolestrol

Anda nak mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??

Caranya;

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.



9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.



10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.



11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.



12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.

Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.



13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.

Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.



14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

ini serbuk yang kami ada
rm7.00 sahaja
170gram

semoga kita semua sihat berkat dan boleh melakukan ibadah kepadaNya in sha Allah

Thursday, 6 February 2014

HUBUNGI KAMI


SALAM UKHUWAH SEMUA...

ini biz kad baru kami...hubungi kami jika tuan puan punya sebarang persoalan atau hajat berkaitan bisnes dan produk kami...
in sha allah produk halal toyyib keutamaan kami...

salam ukhuwah dari kami I-deal halal mart dungun dan tim sokongan..

Monday, 27 January 2014

TEPUNG GANDUM TANPA PELUNTUR


Ianya Asli, Berkualiti dan Suci.

 


INI berita pasal tepung gandum...
Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.

Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.

Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan. Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.

“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.

“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.

Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.

“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya.

berita dipetik dari sumber  harian metro

jadi, kami hanya menjual tepung gandum tanpa peluntur sahaja..