Monday, 22 May 2017

KEK KURMA MOIST TANPA TELUR

Assalamulaikum.
Nahhh Akak kongsikan resepi 🤣 Sape-sape free petang ni tu cuba-cubalah buat kek ni, kalau sedap tu kongsi2 lah sikit dengan akak, jangan kedekut sangat. huhuuu😬😬

KEK KURMA MOIST TANPA TELUR, Special for you.
*kalau takde stock kurma kat rumah tu takpe jangan khuatir, anda boleh dapatkan pelbagai jenis kurma di kedai IDEAL HALAL MART DUNGUN (sebelah AL-IKHSAN/KAMDAR lama)
🎂🎂
KEK KURMA MOIST TANPA TELUR
Resepi : Aludra (Myresepi)
 Sumber : Nuri & MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
3/4 cawan susu kotak/UHT
3/4 cawan gula halus (MaDiHaA kurangkan sukatan & gunakan gula perang)
1/2 cawan minyak sayuran/masak
1 cawan tepung gandum
18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
1 sudu teh baking soda (soda bikarbonat) (MaDiHaA ayak bersama2 tepong gandum)
1 sudu teh esen vanilla
1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) (MaDiHaA tak letak non stock)
🤔🤔Cara-cara
Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. (MaDiHaA kisar terus dengan susu & minyak sayuran) Masukkan kurma dalam bekas mixing.
Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.
NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna.
Selamat mencuba!😍😍